Betapa segala sesuatu punya nilai tersendiri... betapa setiap yang bernilai itu punya harga sendiri... betapa setiap harga itu punya maksud tersembunyi... demikian setiap perbuatan dan hubungan pasti sering dinilai oleh orang lain.
Biar pun ada tag line " jangan jaga tepi kain orang", "jangan kacau hidup orang", "aku-aku dia-dia" dan lain-lain yang punya maksud sama supaya kita tidak menganggu orang lain. Hal ini masih punya nilai... terpulang dengan apa yang kalian fikirkan. Namun pada saya hidup ini bukan sesuatu yang perlu saya tidak pedulikan. Apatah lagi sekiranya seseorang itu adalah orang terdekat kita...keluarga..kawan dan juga orang yang kita punya belas kasih. Namun hidup ini bukan la bertujuan melimitkan perbuatan seseorang dan menghalang seseorang. Hidup ini pada dasarnya hanya sebagai pemerhati... bila kamu di posisi yang berbahaya dan perlukan bantuan pasti kita perlukan teman-teman disekitar kita untuk menyedarkan dan menyelamatkan.
Hidup ini perlukan mereka yang lebih mengasihi dan memerhatikan kita. Bila saya dikritik dan dipandang negatif rasa ini seakan sedih dan terganggu namun itu saya bukan HIDUP ini... saya masih ada pilihan untuk memilih... memperbaiki... dan menjadikan hidup ini bermakna bersama semua orang... dalam saya menentukan nilai orang lain demikian saya perlu selidiki APA NILAI SAYA? Tuhan baik pasti semua bernilai di Mata Tuhan. :)
Sunday, December 1, 2013
Indah pada waktuNya
Menunggu sesuatu dan berbuat sesuatu pasti di dalam hati maukan yang baik namun kekadang semua ini tidak seperti yang diharapkan. Namun jangan berputus asa kerana segala sesuatu indah pada waktuNya bila saat Tuhan mengizinkan dan memberikan kepada kita. Banyak hal yang tersembunyi, banyak perkara yang di rahsiakan, banyak usaha yang dilakukan dan mungkin ada juga nyawa dipertaruhkan demi sesuatu yang di inginkan. Apa saya mahu ? apa yang ingin saya lakukan?
Haha kekadang rasa ini ada kecewa dan sedihnya namun pada Tuhan saya berharap. Tuhan sangat baik pada saya. banyak hal membuatku merindukan Tuhan. Terang akal fikiran saya ketika sedar mahupun tidak sedar mengingatkan saya perlindungan Tuhan. Ketika sakit selalu rasa ingin bersabar di dalam hati berkata saya mau lebih sabar dengan kesakitan ini... saya mau lebih mencintai Tuhan.... ketika kepenatan dalam hati berkata saya mau lebih kuat lagi... saya mau mencintai Tuhan melalui perkerjaanku dan setiap apa yang saya lakukan. Saya percaya Tuhan akan memberikan segala sesuatu dan membuka jalan INDAH PADA WAKTUNYA.
Tuesday, November 12, 2013
Ketika kita masih punya waktu
Hari berlalu dengan cepat tanpa di sedari kita sudah berada di akhir kelas Buku 7 (Pra-Penguatan).
Banyak perkara telah kita kongsikan. Sebagaimana kita mengenali Abraham sebagai Bapa kepada banyak bangsa melalui pembelajaran yang lalu dan anaknya Ishak yang dinamakan Bapa bangsa Israel yang bermaksud "Dia Ketawa" di mana Sarah melahirkan anaknya di usia lanjut. Jangan lupa pada kisah Esau dan Yakub.
Teringat kisah Yusuf anak kesayangan Yakub telah di jual kepada orang Ismael oleh abang-abangnya dan di bawa ke Mesir. Kisah bagaimana Yusuf menjadi terkenal di Mesir dan bagaimana dia bertemu semula dengan ahli keluarganya pada musim kebuluran. Pembelajaran lalu juga berkaitan perhambaan orang-orang Israel di Mesir. Siapa yang diutus Allah untuk membebaskan perhambaan itu? apakah peristiwa paskah yang dimaksudkan?
Masih saya ingat ketika kita mula membincangkan laut merah terbelah dua betapa khusyuknya menceritakan kekuasaan Allah :) masing-masing punya ulasan tersendiri. Syukur bila kita dapat mempelajari sesuatu. Kelas demi kelas kekadang bersama saya kekadang bersama Cikgu Lydia. Apa yang dipelajari jadikan la panduan dalam menjalani iman kita seperti Raja Solomo yang memohon kebijaksanaan untuk mentadbir kerajaannya. Demikian 10 Hukum Allah yang diterangkan oleh Sister. Sungguh cute bila ada yang menjawab "Jangan cari pasal" Aduiii...rujuk semula pelajaran lalu ya...
Apapun terima Kasih buat semua anak-anak yang baik ini... atas kerjasama dan kerana memberi peluang kepada saya untuk melayani meski tidak sebaik yang diharapkan. Minta maaf atas segala kekurangan, hal-hal yang menyinggung perasaan dan menambah kebosanan anda semua. Haha.... Apapun segalanya adalah untuk Tuhan dan untuk diri kita sendiri dalam memberi makanan rohani diri kita. Thanks Lydia for joining me and help me in many ways.
Selamat bercuti kepada kamu semua ya...
Monday, September 9, 2013
Kesukaaan ramai
10/09/2013
Jumpa plak dengan kawan lama... haha walaweiiii
Namun ini cerita 09/09/2013
Sesampainya di gate masuk USS kita perlu ambil map ini.
Haha saya tidak baca pun bap saya tidak mampu memerah otak mengenali lokasi di mana saya berada. Syukur ada teman-teman yang cerdas dan cergas merancang pengembaraan. Tugas saya hanya la mencari-cari mereka dan terkejar-kejar kalau saya ketinggalan. Haha work smart sangat...
Ini gambar kawan-kawan. En.Maleq tu rajin juga ambil pic org pastu dia upload untuk kawan-kawan yang memerlukan. :)
Ini En.Jafni yang suka menghalang pergambaran...nasip kepala saya masih ada.
Perjalanan yang baru dimulakan... :)
Jumpa plak dengan kawan lama... haha walaweiiii
Untie sebelah tu plak tengok-tengok...
Mei Mei with Husband
Cerita sambung di lain hari k... terima kasih.
Berhibur sebahagian Terapi
09/09/2013
Hari ini terasa banyak cerita yang mau diungkapkan kerana saya terhibur akan hiburan - hiburan dunia dan kecanggihan teknologi yang membawa saya berfikir bagaimana dunia yang akan datang yang mungkin lebih maju lagi hehe.... apa pun biar saya mulakan cerita hiburan hari ini.
Hari ini saya dan kawan-kawan pergi ke Universal Studios,Singapura dengan menggunakan perkhidmatan Agensi Pelancongan Erwin Travel yang berada di Larkin. Harga tiket saya bayar adalah RM177 sahaja dan diberi tiket masuk USS, voucher 10 SGD untuk makan dan 5 SGD untuk beli barang. Kami semua berkumpul di Larkin dan sarapan sebelum menaiki bas pada jam 9am.
Setelah sampai di USS ini la yang tidak sabar untuk di lakukan iaitu mengambil gambar bersama-sama mahu pun perseorangan :)
:) Mengantuk dah... besok saya sambung cerita k...sekarang dah jam 12.48 tengah malam.
Hari ini terasa banyak cerita yang mau diungkapkan kerana saya terhibur akan hiburan - hiburan dunia dan kecanggihan teknologi yang membawa saya berfikir bagaimana dunia yang akan datang yang mungkin lebih maju lagi hehe.... apa pun biar saya mulakan cerita hiburan hari ini.
Hari ini saya dan kawan-kawan pergi ke Universal Studios,Singapura dengan menggunakan perkhidmatan Agensi Pelancongan Erwin Travel yang berada di Larkin. Harga tiket saya bayar adalah RM177 sahaja dan diberi tiket masuk USS, voucher 10 SGD untuk makan dan 5 SGD untuk beli barang. Kami semua berkumpul di Larkin dan sarapan sebelum menaiki bas pada jam 9am.
Sebelum menaiki bas :)
Kawan-kawan Female
Kawan-kawan Male ( Sazali ? )
:) Mengantuk dah... besok saya sambung cerita k...sekarang dah jam 12.48 tengah malam.
Sunday, September 8, 2013
Nasihati dan Bimbingi saya
08/09/2013
Hari ini sekali lagi saya sangat gembira dalam pengalaman hidup bersama remaja-remaja yang sedang meningkat dewasa dalam kelas Pra-Penguatan hari ini. Berkongsi cerita dan sama-sama mempelajari cerita-cerita dalam Alkitab.
Pelajaran hari ini menerangkan akan pentingnya mendengar nasihat dan meminta nasihat dan bimbingan dari orang lain. Demikian bagaimana hubungan seseorang itu mempengaruhi akan keterbukaan kita untuk mendengar nasihat. Bagaimana imej/karekter seseorang itu untuk kita mendengar nasihat dan membuka hati untuk berkongsi masalah dan mendapatkan pandangan dalam perjalanan hidup kita. Ternyata setiap peribadi yang hadir mempunyai orang-orang yang berbeza untuk mendapatkan nasihat dan ramai menyatakan suka dengar nasihat orang yang kita suka dan orang itu juga sayang kita. :)
Sebagaimana Eli menasihati Samuel ketika Samuel dipanggil Allah. Demikian saya percaya setiap peribadi kita dipanggil oleh Allah melalui orang lain dan juga dari hati kita sendiri. Bicara Allah kepada kita amat unik sekali... pada saya.. saya perlu untuk lebih mendengar dan merasai panggilan Allah. Apa peranan saya dalam menyahut panggilan Allah. Peranan saya boleh saja melalui pelayanan saya kepada Allah, Keluarga, teman-teman dan juga mungkin orang yang kita tidak kenali.
Sangat gembira berbicara dari hati ke hati bila para remaja ini mudah untuk meluah dan mengongsikan hidup mereka kepada saya. Syukur Tuhan banyak yang saya pelajari dalam mengongsikan pengalaman dan dalam mendalami Iman saya. Saya menghargai setiap bentuk cabaran dan dugaan yang mendewasakan saya meskipun takut dan malu itu kelemahan saya namun Takut akan Tuhan itu besar kebaikannya.
Semoga hari-hari yang mendatang menguatkan saya dan memperkasakan setiap yang hadir dalam hidup saya melalui pertolongan dan Kebenaran Allah kepada kita semua.
Terima Kasih Tuhan dan kita semua. :)
Kali ini
Hari ini setelah sekian lama tidak mengongsikan cerita saya kembali untuk berbicara semula tentang semua hari dan pengalaman hidup ini. kadang-kadang gembira kadang-kadang tidak tetapi semua itu saya percaya perasaan saat itu sahaja.
Ternyata masih banyak hal yang perlu dihadapi. semoga perkongsian ini dapat mencipta memori antara kita.
Terima Kasih kerana ada dalam perjalanan hidup ini.
Terima Kasih Tuhan.
Subscribe to:
Posts (Atom)