:)

animated-welcome-image-0117

Love GUM

Love GUM

Tuesday, November 12, 2013

Ketika kita masih punya waktu


Hari berlalu dengan cepat tanpa di sedari kita sudah berada di akhir kelas Buku 7 (Pra-Penguatan).
Banyak perkara telah kita kongsikan. Sebagaimana kita mengenali Abraham sebagai Bapa kepada banyak bangsa melalui pembelajaran yang lalu dan anaknya Ishak yang dinamakan Bapa bangsa Israel yang bermaksud "Dia Ketawa" di mana Sarah melahirkan anaknya di usia lanjut. Jangan lupa pada kisah Esau dan Yakub.

Teringat kisah Yusuf anak kesayangan Yakub telah di jual kepada orang Ismael oleh abang-abangnya dan di bawa ke Mesir. Kisah bagaimana Yusuf menjadi terkenal di Mesir dan bagaimana dia bertemu semula dengan ahli keluarganya pada musim kebuluran. Pembelajaran lalu juga berkaitan perhambaan orang-orang Israel di Mesir. Siapa yang diutus Allah untuk membebaskan perhambaan itu? apakah peristiwa paskah yang dimaksudkan?

Masih saya ingat ketika kita mula membincangkan laut merah terbelah dua betapa khusyuknya menceritakan kekuasaan Allah :) masing-masing punya ulasan tersendiri. Syukur bila kita dapat mempelajari sesuatu. Kelas demi kelas kekadang bersama saya kekadang bersama Cikgu Lydia. Apa yang dipelajari jadikan la panduan dalam menjalani iman kita seperti Raja Solomo yang memohon kebijaksanaan untuk mentadbir kerajaannya. Demikian 10 Hukum Allah yang diterangkan oleh Sister. Sungguh cute bila ada yang menjawab "Jangan cari pasal" Aduiii...rujuk semula pelajaran lalu ya...

Apapun terima Kasih buat semua anak-anak yang baik ini... atas kerjasama dan kerana memberi peluang kepada saya untuk melayani meski tidak sebaik yang diharapkan. Minta maaf atas segala kekurangan, hal-hal yang menyinggung perasaan dan menambah kebosanan anda semua. Haha.... Apapun segalanya adalah untuk Tuhan dan untuk diri kita sendiri dalam memberi makanan rohani diri kita. Thanks Lydia for joining me and help me in many ways.

Selamat bercuti kepada kamu semua ya...