:)

animated-welcome-image-0117

Love GUM

Love GUM

Monday, September 9, 2013

Kesukaaan ramai

10/09/2013
Namun ini cerita 09/09/2013

Sesampainya di gate masuk USS kita perlu ambil map ini.
Haha saya tidak baca pun bap saya tidak mampu memerah otak mengenali lokasi di mana saya berada. Syukur ada teman-teman yang cerdas dan cergas merancang pengembaraan. Tugas saya hanya la mencari-cari mereka dan terkejar-kejar kalau saya ketinggalan. Haha work smart sangat...

Ini gambar kawan-kawan. En.Maleq tu rajin juga ambil pic org pastu dia upload untuk kawan-kawan yang memerlukan.  :)


Ini En.Jafni yang suka menghalang pergambaran...nasip kepala saya masih ada.

Perjalanan yang baru dimulakan... :)

 Jumpa plak dengan kawan lama... haha walaweiiii


Untie  sebelah tu plak tengok-tengok...

Mei Mei with Husband

Cerita sambung di lain hari k... terima kasih.



Berhibur sebahagian Terapi

09/09/2013
Hari ini terasa banyak cerita yang mau diungkapkan kerana saya terhibur akan hiburan - hiburan dunia dan kecanggihan teknologi yang membawa saya berfikir bagaimana dunia yang akan datang yang mungkin lebih maju lagi hehe.... apa pun biar saya mulakan cerita hiburan hari ini.

Hari ini saya dan kawan-kawan pergi ke Universal Studios,Singapura dengan menggunakan perkhidmatan Agensi Pelancongan Erwin Travel yang berada di Larkin. Harga tiket saya bayar adalah RM177 sahaja dan diberi tiket masuk USS, voucher 10 SGD untuk makan dan 5 SGD untuk beli barang. Kami semua berkumpul di Larkin dan sarapan sebelum menaiki bas pada jam 9am.




Sebelum menaiki bas :)

Setelah sampai di USS ini la yang tidak sabar untuk di lakukan iaitu mengambil gambar bersama-sama mahu pun perseorangan :)
Kawan-kawan Female

Kawan-kawan Male ( Sazali ? )

:) Mengantuk dah... besok saya sambung cerita k...sekarang dah jam 12.48 tengah malam.

Sunday, September 8, 2013

Nasihati dan Bimbingi saya


08/09/2013
Hari ini sekali lagi saya sangat gembira dalam pengalaman hidup bersama remaja-remaja yang sedang meningkat dewasa dalam kelas Pra-Penguatan hari ini. Berkongsi cerita dan sama-sama mempelajari cerita-cerita dalam Alkitab.

Pelajaran hari ini menerangkan akan pentingnya mendengar nasihat dan meminta nasihat dan bimbingan dari orang lain. Demikian bagaimana hubungan seseorang itu mempengaruhi akan keterbukaan kita untuk mendengar nasihat. Bagaimana imej/karekter seseorang itu untuk kita mendengar nasihat dan membuka hati untuk berkongsi masalah dan mendapatkan pandangan dalam perjalanan hidup kita. Ternyata setiap peribadi yang hadir mempunyai orang-orang yang berbeza untuk mendapatkan nasihat dan ramai menyatakan suka dengar nasihat orang yang kita suka dan orang itu juga sayang kita. :)

Sebagaimana Eli menasihati Samuel ketika Samuel dipanggil Allah. Demikian saya percaya setiap peribadi kita dipanggil oleh Allah melalui orang lain dan juga dari hati kita sendiri. Bicara Allah kepada kita amat unik sekali... pada saya.. saya perlu untuk lebih mendengar dan merasai panggilan Allah. Apa peranan saya dalam menyahut panggilan Allah. Peranan saya boleh saja melalui pelayanan saya kepada Allah, Keluarga, teman-teman dan juga mungkin orang yang kita tidak kenali.

Sangat gembira berbicara dari hati ke hati bila para remaja ini mudah untuk meluah dan mengongsikan hidup mereka kepada saya. Syukur Tuhan banyak yang saya pelajari dalam mengongsikan pengalaman dan dalam mendalami Iman saya. Saya menghargai setiap bentuk cabaran dan dugaan yang mendewasakan saya meskipun takut dan malu itu kelemahan saya namun Takut akan Tuhan itu besar kebaikannya.

Semoga hari-hari yang mendatang menguatkan saya dan memperkasakan setiap yang hadir dalam hidup saya melalui pertolongan dan Kebenaran Allah kepada kita semua.

Terima Kasih Tuhan dan kita semua. :)

Kali ini


Hari ini setelah sekian lama tidak mengongsikan cerita saya kembali untuk berbicara semula tentang semua hari dan pengalaman hidup ini. kadang-kadang gembira kadang-kadang tidak tetapi semua itu saya percaya perasaan saat itu sahaja.
Ternyata masih banyak hal yang perlu dihadapi. semoga perkongsian ini dapat mencipta memori antara kita.
Terima Kasih kerana ada dalam perjalanan hidup ini.
Terima Kasih Tuhan.