Hari ini 8/02/2014 masa lebih kurang 5.45pm.
Atas permintaan Ketua Katekis bagi kelas-kelas PMG diminta berkumpul untuk penyerahan anak-anak dari ibubapa/penjaga kepada katekis kelas masing-masing. Sesi perkenalan para katekis dengan ibubapa.
Akhirnya ini lah anak-anak yang hadir di hari pertama kelas Pra-Penguatan 2014. Syukur Tuhan atas hari ini. Kegembiraan bertemu dengan anak-anak ini....hari pertama sememangnya sukar bagi kita semua kerana masih tidak mengenali antara satu sama lain. Namun hal ini tidak akan menjadi halangan untuk kita saling berusaha untuk mendekati. Sewaktu menjalani ice breaking bersama anak-anak ini ada seorang bapa kepada anak ini berada bersama kerana ingin mendaftarkan anaknya... ketika saya sedang melakukkan ice breaking anak-anak ini bapa tersebut ikut mendengar... aduiii betapa terkejut hati ini bila bapa tersebut boleh ikut ketawa. Suatu hal yang saya sedar... kini saya sudah mudah untuk berkata-kata, berkomunikasi sebaik yang mungkin supaya tiap tutur kata dapat di fahami walaupun tidak sebaik yang mungkin orang harapkan namun semangat keberanian itu yang ingin saya cari.
Keadaan tegang mulai berkurang dan semakin normal.... saya gembira anak-anak mulai bertegur sapa dengan orang lain... bermula dari seorang dua yang di kenali kini semua hampir dikenali. :) bertanyakan harapan mereka... semua ingin 'MENGENALI TUHAN YESUS'. terdetik dalam fikiran dan perasaan saya 'bolehkah saya laksanakan harapan ini?'...'saya kah yang di sebut garam dan terang itu?' demikian pembacaan sebentar tadi mengingatkkan saya kepada tanggungjawab sebagai seorang katolik seperti homili yang disampaikan oleh Fr. Sebenarnya sebentar tadi saya akui terasa ada kesedihan akibat dari penolakan sesetengah kawan yang menolak untuk membantu melayani kelas PMG dan hadir ke Misa. semua menyatakan alasan dan menyebabkan saya merasa bosan untuk membuat ulangan kata-kata pada masa akan datang. Namun petikan pembacaan dan homili membuatkan saya "CUCI OTAK".... 'Bagaimana untuk saya memberi terang kepada orang lain?'
Hari pertama ini banyak hal yang dialami dan saya akan merenungi semua ini. Terima Kasih Tuhan.