Punya seorang sahabat
bagi ku dia sangat baik, usia berbeza namun dia sangat jujur buat sahabat seperti ku.
Kehadirannya mengimbangi kekurangan dan selalu mengingatkanku erti kesederhanaan.
Dia sangat baik, ku melihatnya seperti sangat indah... begitu menyentuh hati ku.
Selalu memberi yang terbaik walaupun kehidupannya lain dari yang lain.
Dia sangat luarbiasa... aku mengibaratkan manusia zaman ini sukar melakukan hal yang dipandang remeh dan hal-hal yang kelihatan mudah dan kecil.
Manusia masa kini suka cabaran.. hal yang besar... yang grand... yang cantik.. yang hebat.. namun disebalik semua ini ianya berkaitan reputasi semata-mata... ini adalah seperti aku.. sungguh ku akui bukan mudah merendahkan diri, bukan mudah memandang semua itu penting, bukan mudah memikiran semua itu berguna.
Kerana ada waktu kita ada sebahagian yang lupa menghargai.
Namun sahabatku ini ku ibaratkan melakukan semua dalam cara yang tersembunyi. Bagi ku dia sangat baik... dia menyempurnakan apa yang tidak dipedulikan orang lain. Dia sahabat yang mencabar kesabaranku kerana banyak hal yang ku renungi..aku tak dapat melakukan seperti dia lakukan... ketika itu ku mulai memperbaiki caraku agar aku dapat mengatasi kesabaran ku. Banyak hal yang perlu ku pelajari... terutama cara ku memandang... biar hati ku penuh kasih seperti dia. Sahabat ku sungguh luarbiasa!! Terima kasih kerana kamu selalu ada. Tuhan berkati Sahabatku.
No comments:
Post a Comment