Penghujung 2015. Balik kampung 27hb di ambil oleh Kakak dan Eyoi di airport KK.
Kembali kampung kali ini selepas Hari Krismas.. hari sudah kurang sibuk kerana perayaan Krismas sudah berlalu. Kami sekeluarga hanya berkumpul di rumah.. Sekalian anak2 buah yang masih kecil meriuhkan keadaan dengan ibubapa masing2 mahupun bersama cousin2 dorang.
Apapun ada yg kurang sihat dan demam/batuk belum sembuh2 ( keluarga Kakak ). Ada pulak yang sibuk paking barang utk berpindah ke Putrajaya KL ( keluarga Budie ). Aktiviti yang dibuat semua sekadar berhibur sesama keluarga. Menu masakan yg paling famous "Mee Sup" dan "Stim Ikan Kolam".
Bersyukur kami semua dapat berkumpul adik-beradik wlupun ada yg sibuk bekerja namun sanggup pulang ke kampung berkumpul bersama. Kita berbahagia kerana kita gembira bersama.
Apapun setelah kita adik beradik yg lain mulai kembali bertugas... keadaan rumah kian sunyi dan saya mengalaminya dengan suatu pengalaman yg mendewasakan... apakah begini perasaan orang tua apabila anak2 meninggalkan mereka? Mereka mempunyai anak yang ramai yang dulunya melihatkan kesusahan dan beban pada orang lain namun kini tidak lagi... Betapa Tuhan itu baik... memberi kebahagiaan dalam persaudaraan.. apapun being a single... not married yet is awesome! sy masih banyak masa untuk bersama kedua org tua melakukan aktiviti bersama... pergi mangkabar... mendengar luahan... makan bersama2... ikut-ikutan ke sana sini hehe... Mami n Dadi masak2 di dapur... sy tggu makan seja... opps sy kemas rumah okay haha... Hal ini sangat menggembirakan saya. Mami n dady sudah banyak berubah.... saya menghargai semuanya. Terima Kasih Tuhan.
No comments:
Post a Comment